Sunday, 6 May 2012

Feeding your hunger of sticking! Ngap! Ngap! Ngap!

Hoi hoi hoi!

Seperti tajuk entri ini, berdirinya gua di sini adalah dengan matlamat murni untuk membekalkan bekalan yang lu perlukan untuk mencorakkan kehidupan sehari-harian lu. Bekalan yang gua maksudkan adalah dalam bentuk stiker. Bukan calang2 stiker, stiker-stiker original yang selalunya sukar lu dapatkan di kedai-kedai fesyen keren waimah Gedung Jakel sekalipun. Stiker-stiker yang cuba gua bekalkan sama sekali bukan tiruan, mahupun bootleg atau apa sahaja pengkelasan yang boleh lu berikan terhadap stiker-stiker tidak berkualiti. Stiker-stiker di sini terbang jauh dari sekitar Amerika Syarikat dan juga United Kingdom, dan seperti yang lu sangka, stiker-stiker yang terbang sejauh ini tidak mungkin sesuatu yang tidak berkualiti, jadi silalah jangan mempersoalkan sekiranya harga yang diletakkan agak mahal, walaupun tidak lah mahal sangat pun. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai wacakaplu!

Secara dasarnya perdagangan gua akan tertumpu dengan stiker-stiker company-company besar skateboard, sneakers, bmx, motocross, surfing dan yang sewaktu dengannya. Maka perlulah lu ingat, sekiranya lu cari stiker yang bertemakan unit-unit beruniform, persatuan silat cekak dan yang seperti itu, bukan di sini tempatnya.

Stiker-stiker ini juga datang dalam kuantiti yang terhad, jadi kalau ternampak stiker yang lu berkenan, cepat-cepatlah menghubungi gua untuk berurusniaga. Dan kalau-kalau ada stiker yang berkenan di hati tapi tiada di sini atau kehabisan stok, silalah merujuk kepada gua, mungkin gua boleh cuba dapatkan, demi lu.

Sekali lagi gua tegaskan di sini, apa yang gua pentingkan adalah KUALITI, kerana gua percaya kepuasan hati lu menampal akan mendatangkan ketenangan terhadap diri gua.

Jadi kawan-kawan, belilah tanpa was-was dan hebah-hebahkan lah kepada kawan-kawan lu orang punya kawan-kawan punya kawan-kawan punya kawan-kawan punya kawan-kawan...

Yang Benar-benar Belaka,
Whatever Dude.

No comments:

Post a Comment